Media Highlights

Sumber gambar: 

Kursi Kelestarian UKM-YSD

Ditulis oleh: 

Norzatul ‘Ezzah Hasan & Prof. Dr. Kamisah Osman

20 Disember 2024, Alor Setar

Kursi Kelestarian UKM-YSD (Universiti Kebangsaan Malaysia-Yayasan Sime Darby) telah menganjurkan Program Pemerkasaan Kelestarian Komuniti bagi meningkatkan kesedaran dan menggalakkan komuniti mencintai alam sekitar.

 

Program yang diadakan di pesisiran pantai Tebengau, Kuala Kedah ini melibatkan seramai lebih 160 orang, terdiri daripda peserta, wakil agensi, penyelidik dan sekretariat bagi membersih dan mengutip sampah di lima lokasi utama (hot spot) sepanjang pesisiran pantai tersebut.

 

Hasil daripada program ini, sebanyak 422 kilogram (kg) bahan buangan yang terdiri daripada botol plastik, botol kaca, tin, dan lain-lain bahan telah berjaya dikutip, manakala sebanyak 304 kg sampah dan barang yang boleh dikitar semula telah diasingkan dengan jumlah kutipan adalah 726 kg.

 

Program Pemerkasaan Kelestarian Komuniti ini merupakan suatu inisiatif yang sangat penting untuk kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan dalam lingkungan komuniti. Aktiviti pembersihan pantai merupakan salah satu langkah asas yang sangat berkesan dalam melindungi alam sekitar, terutama daripada pencemaran plastik dan sampah.

 

Kesan daripada pengumpulan lambakan sampah di sepanjang pesisir pantai boleh memberi impak besar kepada ekosistem laut, kehidupan marin, dan akhirnya kepada kesihatan dan kesejahteraan lingkungan komuniti penduduk.

 

Sampah yang tidak diuruskan dengan baik boleh mengalir ke laut, mencemari perairan negara dan memusnahkan habitat haiwan marin. Ini juga memberi kesan langsung kepada ekonomi komuniti pesisir yang bergantung kepada hasil laut sebagai mata pencarian utama kehidupan.

 

Berita penuh di sini.

Post Views: 20