Images credited by:
Kosmo! Newspaper
8 December 2024 – Kosmo!
GS. DR. RICKY ANAK KEMARAU: Monsun Timur Laut adalah punca utama hujan lebat yang berlaku antara November hingga Mac setiap tahun di negeri-negeri di Pantai Timur yang menyebabkan kawasan ini menerima hujan maksimum.
Sistem cuaca monsun terbentuk bersama dengan turutan udara sejuk dari (hemisfera utara) Siberia dan China. Luruan monsun ini bergerak ke hemisfera selatan dan menyebabkan kawasan Pantai Timur menerima hujan yang lebih tinggi sehingga boleh menyebabkan fenomena banjir. Selain itu, El Nino Southern Oscillation (ENSO) neutral sedang berlaku dengan berdasarkan keadaan biasa di lautan Pasifik.
Bagaimanapun berdasarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, berkemungkinan besar La Nina muncul pada Oktober hingga Disember dan dijangka berterusan sehingga Januari hingga Mac 2025. Secara tidak langsung, La Nina memperkuat kesan aktiviti Monsun Timur Laut, meningkatkan kelembapan atmosfera dan intensiti hujan.
Berita penuh di sini.
© 2024, MyIKLIM, Version 1.0.1