Artikel

Terumbu Karang Diancam Bahaya

Oleh:

Dr Wee Hin Boo


Artikel:

Jendela Dewan Bahasa Pustaka (JendelaDBP)

Cuaca yang tidak menentu, peralihan musim dan suhu ekstrem sering dikaitkan dengan perubahan iklim. Pemanasan bumi disebabkan oleh tindakan manusia seperti pelepasan gas rumah kaca dan pemusnahan sistem pengawalan semula jadi adalah antara penyebab perubahan iklim yang berlaku.


Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran beberapa bulan sebelum puncak pemanasan global yang dijangkakan berlaku pada Julai 2023. Pemanasan di darat di negara ini telah dirasai  yang dibuktikan dengan pelbagai laporan yang dilaporkan di media massa. Walau bagaimanapun, tidak banyak perhatian diberikan kepada pemanasan di lautan yang luas, terutamanya di perairan Malaysia.


Antara habitat marin dan ekosistem yang paling terjejas disebabkan oleh perubahan iklim termasuklah terumbu karang. Malaysia mempunyai kira-kira 4006 kilometer persegi keluasan terumbu karang yang merentasi sepanjang pantai yang cetek, yakni kedalaman kurang daripada 20 meter di kepulauan Semenanjung Malaysia dan Borneo. Ekosistem ini amat sensitif terhadap perubahan suhu, terutamanya pemanasan di permukaan air laut.

Untuk maklumat yang lebih lanjut boleh didapati di dalam laman web Dewan Kosmik.

Post Views: 141