Media Highlight

BERNAMA: Rakyat Malaysia Tidak Cakna Perubahan Iklim? – Pakar

Published in : BERNAMA.com

KUALA LUMPUR, (Bernama) – Kesan perubahan iklim semakin dirasai di Malaysia yang kini mengalami fenomena cuaca ekstrem seperti hujan lebat berterusan, panas yang membahang serta penurunan suhu di kawasan-kawasan tertentu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Situasi ini mencetuskan pelbagai bencana seperti banjir, termasuk banjir kilat, pada skala besar serta kejadian tanah runtuh yang berlaku di seluruh negara tanpa mengira musim.

 

Ketika laporan ini ditulis, beberapa negeri sedang dilanda banjir dengan paling buruk di Johor yang menyaksikan lebih 50,000 penduduk terpaksa dipindahkan.  Sekitar 40,000 orang dilapor masih berada di pusat pemindahan di negeri itu buat masa ini.


Bencana bah ini mengakibatkan negara mengalami kerugian ratusan juta ringgit. Pada 2022 misalnya, Malaysia merekodkan kerugian berjumlah RM622.4 juta, iaitu menyamai 0.03 peratus  Keluaran Dalam Negara Kasar, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia. 

Hujan lebat yang berterusan turut berkecenderungan mencetuskan kejadian tanah runtuh seperti tragedi di Batang Kali, Selangor pada Disember tahun lepas yang mengorbankan 31 nyawa.

 

AMBIL MUDAH KESAN PERUBAHAN IKLIM

Umumnya, perubahan iklim berlaku disebabkan proses dinamik bumi termasuk pemanasan global atau peningkatan suhu bumi, dan kajian terbaharu menunjukkan fenomena ini, sebahagian besarnya diakibatkan oleh kegiatan manusia.


Berdasarkan laporan Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC), 98 peratus punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang dilakukan sejak abad ke-18 serta lain-lain gas rumah hijau (GHG). Perubahan guna tanah juga turut dinyatakan sebagai penyumbang kepada pelepasan gas itu.


Klik di sini untuk informasi lanjut.

Post Views: 182